10 PERKARA YANG MENYEBABKAN WANITA MEMBENCI LELAKI
assalamualaikum .
selamat sejahtera semua =")

- MENINGGIKAN SUARA .
- tahulah mereka dikurniakan suara yang "macho" tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego , tak eloklah kan . ini antara kelemahan lelaki kerana mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah .
- MAIN KAYU TIGA.
- bab main kayu tiga ni masalah paling besar . walaupun dah ada kekasih , mereka sukar untuk setia . apatah lagi kalau digoda , terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya .
- SUKA CUCI MATA.
- kebanyakan lelaki sukar mengawal (mata keranjang) . pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mula lah mata tu macam nak terkeluar . walaupun sedang bersama kekasih . si dia tidak akan peduli . bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kena lah jaga bro oiittt !!!
- MENGONGKONG .
- ini tak boleh . ini tak boleh . sikit-2 nak kontrol . segala gerak geri kekasih nak kawal . sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan . kalau nak ke kedai pun nak kena report dulu . kalau tidak mula lah tercetusnya pentengkaran kerana hal kecil itu . tetapi , meraka akan melenting pulak sekiranya aktiviti-2 meraka disoal siasat oleh kekasih mereka ... (macam mana tu???)
- EGO .
- ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan pada kaum wanita . keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan . tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk meraka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis . keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah pemimpin kaum wanita . tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya .
- MENIPU .
- masalah yang ketara apabila kaum lelaki suka menipu ataupun memberi alasan yang tak munasabah . sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri . ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo . berterus teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus terang ini . sifat menipu dan suka berdolak dalik ini lama kelamaan akan membuat semua gadis akan menjauhi anda .
- PERASAN .
- hee . lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka tidak berkerjaya baik , bernampilan menarik dan mempunyai wajah yang handsome . boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita . tapi , mungkin pada pandangan seseorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih . bukan semua wanita memandang pada paras rupa , kalau dah terlebih-2 perasan tuu ... ada wanita yang lebih suka mengutuk dan memuji ...
- MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI .
- susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni . lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya . mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih.. egolah katakan !! tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai ...
- KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN .
- lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberi perhatian tidak kira dalam apa jua urusan . tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri , pantas pula melaksanakan . jika berkaitan dengan dirinya sendiri , pantas pula melaksanakannya . jika berkaitan teman wanita , alamatnya ... mereka kurang mengambil perhatian . mengapa yaa ??? kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukup lah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu ingin bermanja dan dimanjakan ..
- CEMBURU BUTA .
- bab kata orang cemburu tandanya sayang , tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu , tentu rasa tak selesa juga . agaknya lelaki yang kuat cemburu nie takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot . harus diingat , bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu . tapi , ada juga sesetengah suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-2 teman lelakinya amat menghargai dirinya . jangan cemburu buta sudahlah , malas juga nak layan kadang-2 XD
hee . sampai disini dulu , ada 20 sebenarnya tapi aku bagi 10 dulu . lagi 10 next time okay ="}
byebyebye.
btw jangan lupa berkongsi bersama-2 , dan jangan lupa tekan meoww ="}