sweet princess ![]() Typo! ![]() Credits!
| kisah teladan ambang kematian jadi , si hamba allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri . harimau tu kejar hamba allah ni . sebab dia dah lapar sangat ni . harimau tu pun kejar , kejar , kejar dan kejar . hamba allah ni punyalah takut , berlari lintang pukang . sempat juga dia berdoa agar dia diselamat kan daripada dibaham dek harimau tadi . dengan kuasa allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya . jadi untuk menyelamat kan diri si hamba allah ini pun terjunlah ke dalam perigi . perigi itu ada tali dan sebuah rimba . si hamba allah ni bergayut pada tali itu . tali tu pendek jee . jadi dia bergantungan ditengah-2 perigi . di mulut perigi , harimau yang lapar tu menunggu nya . si hamba allah ni pun berfikir lah macam mana nak menyelamatkan diri , sambil berdoa kepada allah agar dia diselamatkan . tengah dok berfikir macam mana nak selamat . tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi . aaaa!!! ya allah . lagi lah seram dibuatnya . nak tahu ada apa kat bawah tu ? ada 2 ekor buaya yang kelaparan . apalah nasib . dah jatuh ditimpa tangga . lagi lah takut si hamba allah ni . atas ada harimau bawah ada buaya . semakin risau dan takut . tengah berfikir untuk mencari jalan keluar . tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-2 perigi . naik ke atas ikut tali yang hamba allah tu bergayut . sampai kat atas tikus tu gigit tali pulak . cis , kurang ajar punya tikus . alahhh.. macam mana ni . selepas itu . keluar lagi seekor tikus yang berwarna hitam . naik mengikut tali tadi , cit!cit!cit!cit! sampai kat atas . tikus hitam tikus ini pun gigit juga tali itu . cis , lagi satu . macam mana aku nak buat nie . habislah jadi mangsa buaya . berfikir lagi . kalau naik atas makan dek harimau . kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya . macam mana ni . sedang hamba allah tu berfikir macam mana nak selamat kan diri nya , tetiba.. terdengar satu bunyi .. uuuuuuuuu...bunyi lebah bawa madu . si hamba allah ni pun mendongak ke langit , melihat lebah yang sedang bawa madu . tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba allah ni tadi . punyalah nikmat sehingga tidak terkata .. hamba allah kata , "fuhhh manisnya madu ini" , tak pernah ku rasa manisnya . sedapnya . subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba allah tu lupa pada harimau yang sedang menantinya . di mulut perigi dan buaya yang menanti nya di bawah . kalau semua nak tahu .. si hamba allah itu adalah kita semua . harimau yang mengejar tu adalah maut kita , ajal memang sentiasa mengejar kita , so beringat-2 lah . 2 ekor buaya itu adalah malaikat munkar dan nakir yang menanti kita di alam kubur nanti . tali yang tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendek lah umur kita . tikus putih dan hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita . kan tikus tu gigit tali tu . madu.. madu yang jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi nikmat dunia . bayang kan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulut nya , dia lupa pada harimau dan buaya itu . macam kita lah bila dapat nikmat sikit lupa pada allah . waktu susah baru la nak ingat allah . astaghfirullah ... KESIMPULAN : kita hidup didunia hanya sementara , hidup dan mati lumrah kehidupan kita sebagai hamba allah hendak lah melakukan amal ibadat untuk menghadapi alam yang seterusnya (alam barzah)
TAZKIRAH II
|